KUATnya Kuasa Pengiklanan

Isnin lepas saya telah mengiklankan apartmen saya untuk di sewa di mudah.com. Inilah ayat2 power saya... (tapi benar ye..)

Subject: Apartment Nilai Perdana, Taman Nilai Perdana

Facilities:Swimming pool,Tennis court,Mini market,Playground,24 hour security,Balcony/Patio
Furnished:Partially furnished
IC Number:XXXXXXXXXXXX
Monthly rent:XXX RM
Bedrooms:3
Size:750 sq.ft.
Post code:XXXXX

Text:
Kemasukan DISEMBER
Bayaran (Sewa bulan pertama + 1bulan deposit + RM100(Api/Air))

Kelebihan yang ada diunit aparment ini
- Lot tepi sebelah playground dan dekat dengan rumah sampah (tidak perlu nak
jalan jauh dan bau tidak sampai ke rumah)
- Berada di tingkat 2 jadi tidak bising seperti di tingkat bawah
-Mengadap kelapa sawit bukan blok bersebelahan lebih privecy, tenang, damai
dan sesuai buat perempuan yang menjaga aurat
- Satu-satunya blok yang banyak tempat letak kereta. kerana ia unit hujung dan
terakhir dibina (sebab saya yg buat layoutnya dulu..)
- Ruang udara yang bebas di koridor (lihat gambar) kerana setiap unit
dipisahkan dari koridor secara berkembar, udara tidak pengap dan jiran dapat
memantau rumah kita jika ada kelibat individu yang mencurigakan.
- 80% penghuni di aras unit ini merupakan pemilik asal rumah dan melayu.
- Dekat dengan Stesen Komuter Nilai, Stesen Bas Nilai, Giant, Mydin, KLIA,
TESCO (dalam pembinaan)
Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Lekas.
-Dekat dengan institusi seperti USIM, Matrikulasi UIA, Kolej Kejururawatan
MURNI, Nilai International Kolej
-Untuk di sewakan kepada MUSLIM SAHAJA
-Untuk di sewakan kepada pasangan yang baru berkahwin atau keluarga kecil
sahaja.

Perkakas sedia ada:-
Kabinet Dapur
Pemanas Air

Dalam masa 2 hari saya terima lebih kurang 30 panggilan. Bermacam-macam kerenah saya terima dan antaranya mahu kurang sewa rumah.. Secara peribadi pemanggil sedemikian menunjukkan kelemahan sumber kewangannya. Ada yang terlalu ego menyatakan dia tahu market sewa di situ tapi buta dari segi pembangunan dan logistik atau kedudukan aset yang diiklankan lot tepi manalah nak sama dengan lot tengah. .. 
Cerita 3 tahun x sama dengan cerita sekarang.. pada masa itu pembangunan sekeliling x rancak saya hanya mendapat 5 panggilan dan tiada pilihan. Sekarang saya boleh memilih kerana saya tuan rumah bertuah dan ada banyak pilihan cuma yang merisaukan adakah bakal penyewa saya itu jujur orangnya memegang segala janji yang di meterikan? Inilah risiko yang perlu saya ambil. Saya telah menyenarai pendek 2 orang bakal penyewa. sabtu ini saya akan pilih. Saya mesti pilihhh...