Kawal tekanan darah anda

(aktikel ini di petik dari biovco.com yang di hantar melalui email )

Kawal tekanan darah
KEBANYAKAN orang percaya dan menganggap mereka sihat hinggalah dibuktikan sebaliknya. Malangnya, kepercayaan ini dibuat atas 'penilaian pemikiran' semata-mata yang berasakan diri sihat kerana jarang ada masalah kesihatan dan bukan berlandaskan pemeriksaan kesihatan.
Namun, hakikat sebenarnya jauh berbeza kerana banyak penyakit kronik berlaku tanpa disedari, iaitu ketika kita 'berasa' sihat. Antara yang boleh berlaku dalam senyap itu ialah masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Nasihat dan pesanan supaya mengawal tekanan darah terlalu kerap diulang. Malah, ini juga yang disebut setiap kali membincangkan soal penjagaan kesihatan.
Namun, mengawal tekanan darah adalah perkara payah, terutama bagi mereka yang dikesan mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Di kalangan pesakit tekanan darah tinggi atau hipertensi di negara ini, hanya 26 peratus berjaya mengawal tekanan darah di bawah paras 140/90 mmHg, walaupun mengambil ubat.
Meskipun ada pelbagai jenis ubat, peratusan pesakit yang berjaya mencapai tekanan darah sasaran itu tetap tidak berubah sejak 12 tahun lalu.
Tekanan darah normal ialah kurang daripada 120/80 mmHg. Jika tekanan darah anda di antara 120/80 hingga 139/89 mmHg, bermakna anda dalam fasa pra hipertensi.
Apabila tekanan darah meningkat dalam julat 140/90 hingga 159/99 mmHg, ini menandakan anda mengalami hipertensi peringkat awal dan anda perlu segera mendapatkan rawatan jika tekanan darah melebihi 160/100 mmHg.
Individu dalam fasa pra hipertensi atau hipertensi peringkat awal tidak perlu mengambil ubat kerana ada cara mudah dan murah boleh dilakukan untuk menurunkan tekanan darah ke paras normal. Caranya ialah bersenam, mengawal makan dan kurangkan berat badan.
Dianggarkan satu daripada tiga rakyat negara ini yang berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah hipertensi, namun hanya enam daripada 100 orang berjaya mengawal tekanan darah mereka.
Ia menjadi antara penyumbang utama kepada pelbagai penyakit kronik lain seperti strok, kegagalan jantung dan buah pinggang.
Kaedah Rawatan tanpa ubat, melalui makanan semulajadi,


0 comments:

Post a Comment